Lama betul x update blog ni kan ? hehe . selasa lepas lawan pantun peringkat daerah . tu yg busy siket . oh . lupa plk nk bgtau result dy . Hehe . alhamdulillah , kami johan . isnin mnggu dpn lawan peringkat negeri . yg best tu , skolah kami jadi tuan rumah lg :P wee ~ best kot bile tgk kwn2 bg tepukan gemuruh lepas kite beli / jual pantun tu . even dorg x paham , tp dorg tepuk gemuruh gile.lg2 mse final.penuh dewan. best! nak rasa lg utk peringkat negeri , insya-ALLAH . oh ye , team debat bhse arb dh start lawan kt usim . gudluck! do the best, let Allah do the rest . org yg berusaha bakal mndpt sesuatu yg setimpal dgn usahanya , insya-ALLAH .
Smlm ckgu Halil blnje kitorg mkn kfc . hehe . terima kasih ckgu . kne buat yg terbaik ni utk negeri ! yeah . insya-ALLAH we can do it ! have faith in Allah ! ! ! hehe . pelajaran byk tertinggal ! ! ! must catch up ni after pantun T_T wuwuwu . emm,nak kongsi siket :)
"Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu." [Al-Ahzab,33:59]
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." [An-Nuur,24:31]
Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat, yakni perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (nipis,ketat,seksi) yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, kepala mereka seakan-akan bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (H.R. Muslim)
Asma' binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata: Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya. (H.R. Abu Daud)
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya. (H.R. Ahmad)
Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menyeru kepada kebaikan, maka dia mendapat pahala orang yang melakukan kebaikan tersebut tanpa mengurangu sedikitpun pahala mereka dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan, maka dia mendapat dosa sebanyak yang diperoleh mereka tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun. (H.R. Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda: Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan? Baginda menjawab: Barangsiapa yang taat kepadaku dia masuk syurga dan barangsiapa yang melanggar perintahku dia telah enggan. (H.R. Bukhari)

