Aku cuba meluangkan masa utk menaip.Sudah lama rasanya jari ini tidak menari di atas keyboard sambil menaip segala kata hati.
Sebenarnya,takda beza berjaya atau tidak.Dua2 dugaan.Orang slalu kata,kalau kita gagal,tu ujian drpd Allah.Allah nak uji kekuatan kita.Tp sebenarnya,berjaya tu pun ujian drpd Allah.Kita gembira,sedih,berjaya,gagal tu semua ujian sebenarnya.Cuma dtg dr segi kenikmatan dan kekecewaan.Korg tau istidraj?mengikut ape yg aku belajar,istidraj ialah pemberian nikmat oleh Allah kpd hambanya utk menyesatkan mereka.Masya-Allah!Sebab tu,kalau kita gagal,kita kena bersyukur sbb Allah nak bg kita kembali pada-Nya.Kenikmatan yg berterusan pun bahaya,sbb bole jd istidraj.
Sebab tu,kitaran hidup gagal dan berjaya itu perkara biasa.Sebab kita perlu kembali pd Allah.itulah manusia,lupa dan kembali.kemudian lupa,dan kembali semula.Manusia dlm bahasa arab ialah الناس sebagai jamak,dan الإنسان sebagai mufrad yang berasal drpd perkataan نسى yang bermaksud LUPA.
Allah SWT berfirman di dalam surah Yunus ayat 12 yang bermaksud:
“Dan
apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami
(dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun
berdiri; dan apabila Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus
membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami
memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. (Sebagaimana ia
memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan
orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan”.
Jahilnya diri ini! T.T
Aku termenung seketika sewaktu mendengar bait lagu Segalanya Milikmu - UNIC.
Kau yang mengutuskan duka
dan Engkau lah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
berbagai keresahan dan tangisan
aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yang terbaik utkku
tak semuanya yang ku mahu
Teringat kata2 ustazah.Manusia nak kaya,tp dy x kaya.Then dia kata Allah tak makbulkan apa yang dia nak.hakikatnya,Allah bg dia kebahagiaan.kekayaan tu mlambangkan kebahagiaan.Tp dia x sedar.sbb tu,x smua yang kita mahu tu adlh yg terbaik utk kita.Allah tak bagi apa yang kita mahu,tp Dia bagi apa yang kita perlu.Kalau apa yang kita mahu tu adalah apa yang kita perlu,maka Allah akan bagi.Kalau apa yang kita mahu tu bkn apa yg kita perlu,maka Allah akan bagi apa yang kita perlu.
Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita x dapat apa yang kita hajati. Walaupun dah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun dah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap x berjaya.
Hakikatnya, itulah lumrah.
Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”.
Cikgu Rozai selalu cakap,"bersangka baik dgn Allah.Allah bg sikit ke,byk ke,syukur!Kalau kita syukur,insya-Allah Allah akan tambah."
Maka,
Lafazkan kalimah itu !
Kalimah apa?
Alhamdulillah
Sekali lagi,lafazkan kalimah itu !
Alhamdulillah
“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita nak, bakal memberikan keburukan kepada kita. bila tidak mendapat apa yang kita hajatkan,hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.
Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.
Tapi mmg x boleh dinafikan,kekecewaan akan mnimbulkan kesedihan.namun,kne la kawal.jgn over sgt.hihi.tringat kata2 sahabat saya , "jangan sedih,dunia ini terlalu hina utk ditangisi." :')
Sampai sini dulu lah.Lps paper bahasa arab nnti sambung lg .
Kepada calon spm yg dah merdeka,slamat hari kemerdekaan.eh?haha.kpd yg belum merdeka mcm saya,slamat mnjalani peperiksaan.Ganbatte.
Assalamualaikum.


