Assalamualaikum, hai semua. Setelah 4 tahun blog ni bersawang, akhirnya hari ni aku masuk balik blog ni. Kena buat deep cleaning ni. Boleh panggil Forensic Cleaning kot sebab segala hazard ada. Sama macam rumah tinggal dah ni. Hahaha.
Disebabkan aku kena pergi sekolah japgi, jadi sekarang cuma update roughly je la. Fast forward daripada post 2022 tu, aku kerja kat SSU. Alhamdulillah aku bertahan sampai disember 2025. In between that years, alhamdulillah aku bertunang bulan 2, 2024 dan bernikah 8.6.2024. Alhamdulillah, dikurniakan baby girl bulan 3 2025. Begitu cepatnya kehidupanku berubah dalam masa 4 tahun. So sekarang aku buat apa kan?
Lepas aku resign 2025 tu, alkisahnya aku dapat spp tapi calon simpanan. so sementara menunggu, aku kerja part time chemistry teacher kat GVIIS selama 6 bulan. contract aku habis 30 jun 2026, dan ngam2 je la waktu tu status cs aku berubah jadi calon lulus. dikatakan mungkin aku akan posting awal bulan 9. ada masa dalam sebulan setengah lagi.
So tadi aku kata aku kena pergi sekolah kan hari ni? sbb even contract aku dah habis, dorg bayar aku untuk marking exam paper pula. sekolah ni, exam paper tak boleh bawa balik. kena marking kat bilik khas, iaitu ICT lab sekolah. jadi nak taknak kena pergi. yang tak boleh blahnya, smlm aku confident ckp dah habis marking. tadi aku nak key in markah, tiba-tiba aku baru perasan ada satu paper aku tak tanda lagi. year 10 combined science paper 6. adoi. aku ingat ada paper 2 dgn paper 4 je. sbb combined science je kan, lain la phy/chem/bio mungkin ada paper 6. rupanya ada juga. huaa. malasnye nak gi. ingatkan hari ni dah boleh bersenang2 kat rumah. tapi takpela, sikit je so cepat siap.
Okay, buat masa ni sampai sini dulu la. Nanti next time aku tulis lagi, in shaa Allah.
