Lately, aku banyak berfikir. Tentang sebuah perjalanan. Perjalanan siapa? Of course, perjalanan aku sendiri. Perjalanan yang aku tak tahu, bila akan berakhir. Perjalanan yang aku tak tahu, apa yang akan aku jumpa di hadapan. Perjalanan yang aku pasti, akhirnya aku akan sendiri.
Teringat satu ketika, dia berkata
"Baru diuji sikit dah lembik! Eh, perjalanan ni panjang lagi la! Kalau lembik macam ni, baik tak payah! Mengaku diri pejuang! Menyusahkan ada lah!"
Setiap kata-kata diucap, sambil air mata tak berhenti mengalir di pipinya. Aku pun. Sebak. Menangis. Terasa dalam hati, betapa lembiknya diri. Dah la x sedar diri tu hamba, lalai sana sini, tapi tak malu mengaku diri tu Islam. Hakikatnya, apa yang disumbangkan? Sikit ke banyak? Paling teruk lagi, ada ke tak?
So, kebelakangan ni aku berfikir tentang masa depan. Aku tak tahu kenapa. Setiap kali berbicara tentang masa depan dengan kawan-kawan, mesti bab ni dorg bahagia. Of course, sebab sentuh bab kahwin. Tapi, aku takut. Tiap kali sembang masa depan, sebenarnya aku takut. Masa depan is not just about marriage. Ianya lebih daripada itu. Lebih besar daripada itu. Sampai satu tahap, aku berkata dalam hati,
Eh, dorg ni x takut ke? It is not as simple as that. Kenapa dorg tak pikir jauh ke depan? Life is not a bed of roses. Tak salah nak fikir bahagia, tapi kena igt jgk, hidup ni ujian. Dah cukup bersedia ke? Atau aku yang terlalu paranoid?
Jujurnya, bila satu ujian dtg, masa tu aku tahu, sejauh mana aku punya tahap kekuatan. Setelah lantang berkata-kata, akhirnya ujian itu datang, untuk membuktikan sejauh mana kita beramal dengan apa yg kita katakan. Sungguh, takda daya kekuatan selain daripada Allah. Teringat satu ayat,
يَا أَيُّهَا الإنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًافَمُلاقِيه
“Wahai manusia! Sesungguhnya kamu bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya” (Al-Insyiqaq: 6)
So, bila mana kita diuji, ketahuilah, Allah nak kita kembali. Sampai bila nak berpijak di bumi dengan meninggi diri? Rasa diri dah cukup baik, rasa diri sempurna. Nauzubillah. Allahu, lemah rasanya.
Maka, di mana pun kau berpijak, renunglah semula, kau berpijak kerana apa.
Fi hifzillah.
Wallahua'lam.
Maka, di mana pun kau berpijak, renunglah semula, kau berpijak kerana apa.
Fi hifzillah.
Wallahua'lam.
