Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan rasa benci. Damaikan hati, biarkan cinta yang membuat hidupmu lebih bererti :)

Tuesday, 16 December 2014

Ada Ke Soalan Tak Ada Jawapan?

In the name of Allah,the Most Gracious,the Most Merciful.

Manusia.Jelas dan nyata lemah.Kenapa?Heh,senang je.Sebab kau hamba.

Hidup memang penuh ranjau dan rintangan.Ada kalanya,rintangan yang tak kurang hebatnya menggugat diri.Ibarat ombak besar datang.Nah!Ambik kau.

Sampai rasa nak nangis. Sampai dah memang menangis. Sampai tak mampu nak berkata.Sampai rasa tak kuat.Sampai rasa tak ada siapa yang mampu tolong.Tertekan.

Saat tu,baru tersedar,betapa setianya Tuhan.Dia tak pernah tinggalkan kita.Bila sendirian, nak bergantung kat siapa lagi?

Saat buntu dan tertekan,hanya Allah tempat mengadu segala perit dan kesakitan.Ingat,bergantung pada Allah,jangan bergantung pada tali.Nauzubillah.

Bila mana satu dugaan menimpa,ibarat kapal Titanic yang dipenuhi iceberg menghempap diri,tak siapa yang tahu.Tak siapa yang faham perasaan yang terpendam,luka yang tersimpan.Namun,hati kecil mula berbisik untuk mengkentalkan diri yang mula lemah dan longlai, "Mengapa kau sedih wahai diri?Mengapa harus kau kecewa?Tidakkah kau tahu,tidakkah kau sedar bahawa kau sedang diuji?" 

Diri terasa lemah.Saat itu,ayat-ayat suci-Nya menjadi penguat diri.

(2:214) : Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 

(29:2-3): Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.

(64:11) : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 

(2:286) : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

(3:200) : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(2:153) : Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

(2:45) : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

Maka,diri ini pun tersenyum sendiri. "Maka,yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang hendak kamu dustakan?" Allahu,kerdil sungguh diri ini.
Ada ketika diri tertanya.Maka,apa hikmah semua hempapan beban pada diri ini?

''Heh.Agak-agak kalau kau tak redah semua ujian tu,kau berdiri tak kat sini sekarang?''
Ini dunia,bukan syurga yang semuanya indah.Nak dapat gula-gula pun kena ada seposen,apatah lagi nak dapat syurga beb!
Tersenyum lagi.

Pernah diri ini tertanya,ini jalan yang terbaik,atau aku yang salah pilih?Tika itu aku kesal,kerana aku merasakan seolah aku tersalah pilih jalan.Lagi-lagi,bila mana jalan ini bukan yang parents aku harapkan.Jalan ini,bukan jalan yang mereka dambakan buat aku.Aku jadi ragu,aku jadi kelu.Kenapa ini jalannya?Kenapa dulu aku mengubah fikiran tanpa sebab yang kukuh?Mengapa dulu aku kuburkan impian aku yang telah lama terpendam,lalu memilih jalan ini?Kenapa harus ini jalan yang ku tempuhi?Tapi aku teruskan perjalanan aku,kerana aku yakin,jawapannya pasti akan kutemui kemudian.Aku sabar melangkah,jam berganti hari.Hari berganti minggu.Minggu berganti bulan.Bulan berganti sem.

Tiba-tiba di pertengahan jalan,aku berhenti.Lalu aku toleh ke belakang,sambil bibir mengungkap kata,
Sebab Allah adalah sebaik-baik perancang

Syukur,ku temui jawapannya kini.Senyum.Moga Allah redha.Wallahua'lam.

Wednesday, 19 November 2014

Nak Sorga?Pfft.

Salam alaik.

Okay,dah masuk sem 2 and aku sangatlah free sbb satu subjek je. Btw,sem 2 adalah shortsem and sepatutnya aku x ada shortsem pun,but sbb sem 3 nnti aku nak pindah ke kampus gambang,so aku kena habiskan subjek lab aku kat sini. makanya,aku amek chem lab je sem ni sbb phy lab dah amek sem lepas.

since post aku yang lepas,hingga ke hari ini...macam2 yg aku lalui dan lihat.dari hari ke hari.aku tahu,kacamata penglihatan aku tidak pernah menipu dalam menganalisis sesuatu,tapi mungkin aku yang tertipu dek persepsi yang bukan-bukan.aku cuba meyakinkan diri,namun nampaknya semua memakan diri aku kembali.hari ke hari,makin teruk jiwa.aku cuba mencari jawapan.hanya pada-Nya ku memohon segala petunjuk dan pedoman agar jiwa aku lebih tenang dan suci.

Tapi memang betul.Bila kita mengadu pada Allah,kita sedar yang kita tak pernah sendirian :D aku suka berkata-kata.aku suka bercakap,atau lebih tepat...mengarut mungkin?meraban?sewaktu dengannya.tapi manusia mudah jemu dengan kata-kata tanpa henti ibarat peluru.manusia mudah bosan mendengar ceritera yang disampaikan tanpa ada pengakhirannya.tapi Dia,tak pernah bosan mendengar cerita hamba-Nya :) tapi,mengapa kita boleh terleka?masa memakan hidup kita,atau hidup kita yang terlalu banyak memakan masa?

"Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian" But,wait...bukan semua ! Ada yang tak.But who?Hmm."Melainkan yang beriman dan beramal soleh,dan mereka yang berpesan2 kpd kebenaran dan mereka yang berpesan2 kpd kesabaran" 

Masa terbuang begitu saja.Aku terlalu leka mencari punca kelemahan diri.Punca kecacatan diri,adab,akhlak,tatasusila.Entah mana silapnya.Aku tak keruan.Aku tak mampu mencari jalan keluar.Aku cuba tenangkan diri.Bagi kata-kata motivasi pada diri.Tapi diri masih tak mampu mencari punca kedamaian hati.Lama-lama aku sedar...Sedalam mana aku korek lubang,sejauh mana aku berlari untuk mencari ketenangan...Aku takkan jumpa.Punca ketenangan adalah Dia.Cinta kepada Dia.Yakin kepada Dia.Ingat Dia.

okay,everyone here loves to talk about jodoh and marriage dan sewaktu dengannya.But,seriously?aku memerhati manusia hidup di sekeliling.termasuk diri sendiri.perasaan itu fitrah.bila perasaan mula nak bercambah,aku memang tak keruan.bahaya.ini bahaya.aku cuba cari mana kelemahan perasaan ni.tak jumpa bakhang.tapi akhirnya aku jumpa jalan yang lebih lebar.iaitu,aku kembali kepada Pencipta perasaan.Dia bagi kita perasaan.Perasaan ape kau ni?Selebet betul -_- Okay fine.straight foward aku cakap.

Chenta.Suka.Minat.Adore.Sewaktu dengannya.Dorang suka sangat cakap pasal love kan?Ha nak tanye.What is true love? 
True love is to have the feeling of love towards Allah.
Nothing more than that.
Allah gives us the feeling of love.why?
Supaya kita cintakan Allah.

Bukan nak cakap tak boleh cinta orang.Bukan sama sekali.Itu fitrah manusia kot.Berani aku nak lawan?Apa yang aku nak sampaikan...
Allah bagi kita perasaan.Memang kita rasa nikmat perasaan tu.Tapi,jgn lupa bersyukur sebab kita dikurniakan such a wonderful feeling.Kan?Makanya,tanda syukur,selain say Alhamdulillah,kita kena gunakan nikmat perasaan itu kepada Allah jugak.Trust me,bila kita serahkan cinta kepada Allah,kita akan dapat cinta yang lainnya.InsyaAllah.

Makanya,kini aku lebih faham.
Mencintai manusia yang mengingatkan kita kepada cinta-Nya...
OHSEM SEHH !

pesanan : aku bukan manusia yang kau sangka baik dan penuh akhlak.aku manusia yang jahil gila kot tahap aku pun tak tahu nak cakap macamana.aku ibarat buih di lautan T_T sentuh sikit dah pecah.aku tak setabah , sekuat yang kauorang sangka.too much jahiliyyah.yet we expect to enter Jannah?Pfft.tak terungkap lah.hari ke hari,aku cuba perbaiki diri,tapi.Ya,hijrah itu tak mudah.alhamdulillah,ada manusia yang Allah permudahkan proses hijrahnya.tapi takpa,aku yakin Allah ada menyaksikan setiap langkah yang cuba aku atur.walaupun merangkak,malahan mengesot :) kan aku cakap,tak mudah wehhh.ape yang aku tahu, di sebalik kepayahan,di situlah ada kekuatan ! ^_^

aku masih mencari diri.Moga Allah redha.

Wallahua'lam.

Friday, 5 September 2014

Jalan Selagi Hidup


Assalamualaikum.Tudia,lama dh x hapdet blog.Fuhh *tiup habuk serta sarang labah2,tikus,lipas,cicak etc etc*

Okay,pos kali ni xde la nak bebel sgt pun.Just nak kata,3 mnggu lagi nak habis sem 1 dah.hepi?pfftt.jgn buat lawak.projek fizik,math nk kne present nxtweek ni.ape pun x siap lagi.dah tu pasaipa ngadap laptop?pi la buat.ahhh!sukati aku la.nak rehatkan minda jap.baru siapkan tuto maths ni.huhu.

Di sini,aku nak buat luahan hati sikit.Aku stress.fizik aku x paham.math aku x dtg kelas skali hari tu,dh la tajuk trigonometry.fizik aku x pahammmmmmm.online quiz fizik aku xleh log in,adakah 20% aku terbang mcm tu je?!xkn 20% aku akn dpt 0%?!arghhhhh stresss!!!tu je.dah.

tiba2 aku rse nk jd bdk 3k.x kesah la ape pun org nak kata.bdk 3k.katil,kelas,kafe.dgr mcm lifeless, tp best apa? Hehe gurau. Mmg noble gases la jadinya. x berfungsi. tapi bila pikir balek,biarlah seimbang.takkan asik belajar je.tak ke pening lama2?lagipun,bahagia apa bila dapat berkhidmat utk ummah?gituu.

aku busy siket la as hisbah lines-up.poyo kaaaan.hisbah je pun.haha.eh,tapi slalu gak ade meeting.pahtu kalau mrc buat program pn,hrc gak kne panggil -.- dh la uia ni sgt aktif smua persatuan.mcm2 prog ade.stiap hari ade prog.dahtu,satu mlm 2 3 prog lak tu.pening nak gi mana satu.hmm.pastu,fellow hisbah aku wajibkan satu sem 10 prog kne jalan.amek kau.

prog usrah mnggu ni pun ak  x pegi.teruknye -_- aku byk busy lately dgn meeting,hias board presss and program2 yg kne handle je ekceli.nxtweek insyaAllah ak join Daurah Tafaqquh Fiddin anjuran DnT perkim uia.o yeah.doakan aku dpt pegi,Amiin.prog MANTOP usrah aku mnggu ni x dpt pegi sbb aku pegi balai cerap kat Sabak Bernam.*Oh,indahnya kalau boleh balek rumah skali,alang2 lalu kan.Hmm* Aku tepaksa cancel prog usrah serta hanta Miun kat klia tu sbb balai cerap tu sgt la related dgn projek fizik ak yg bakal dibentangkan pd mnggu hadapan.so,I think I need to choose balai cerap T.T even hakikatnya sukar utk ak mmbuat pilihan.sob sob.

Nak share siket.

"Taubat itu baik,tapi sebaik-baiknya adalah pemuda"

Apa maksudnya?Maksudnya,taubat itu baik,tapi sebaik2 org yg bertaubat itu ialah pemuda.Kerana apa?Kerana ...



Refresh diri setiap hari dgn bertaubat.3 langkah mudah:

1.Istighfar : "Astaghfirullahal 'azim."
2.Menyesal atas dosa atau kesalahan yang dilakukan.
3.Berjanji atau bernekad tidak akan mengulangi kesalahan atau dosa itu lagi.

Life must go on.Teruskan melangkah sehingga waktu kematian itu hadir.Manfaatkan hidup ini dgn amalan dan kebaikan.Kan Allah kata, "Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia,kecuali agar mereka beribadah kepada Ku." [Az-Zariyat:56]

Ingat,ibadah tu bukan bererti solat aje.Smua yg kita buat ni boleh jadi ibadah kalau kita niatkan utk ibadah.contohnya "aku pergi kelas hari ni,utk dpt ilmu,sebagai ibadah kpd Allah" smbil niat betul2 dan sematkan dlm hati.InsyaAllah,nnti rse mcm Cik Iman naik sikit,insyaAllah.Pesanan utk diri saya sendiri.

Okay smua,jaga Cik adik manis Iman ye sbb Cik Iman ni boleh naik,boleh turun.Hooo.

Wallahu'alam.

Saturday, 14 June 2014

CFS IIUM,Petaling Jaya

Assalamualaikum.Setelah 6 hari di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,aku pulang ke rumah.Yeay.Haha -,- Apa perasaan ketika menjejaki CFS?Best tak?Hmm,boleh la.Not bad.Rsenye kalau bdk skolah agama masuk sini tak ada culture shock sgt kot sbb suasana bi'ah solehah itu masih ada.cewaah.CFS tu apa?Oh lupa nak bagitau.Centre For Foundation Studies aka Pusat Asasi.Gituu.Kalau berjalan-jalan dalam CFS ni,tepi AMF Hall ada tules "This is an English Speaking Campus." then,akan rasa macam "mak aih bajetnyaa." haha jkjk.

Mula2 masuk,of course la kne register.Then,kne menjalani Taaruf Week.Kalau dgr cerita minggu orientasi U lain macam penat je.Kalau kat CFS jgn risau.Tak penat,bosan ada la -___- penat masa exam APT (Arabic Placement Test),EPT (English Placement Test),TEnT (Tilawah Entrance Test) dan FKT (Fundamental Knowledge Test) . Haa masa tu penat siket.Dari pagi hingga ke petang exam kot.Fuhh *lap peluh di dahi* Kalau utk batch tahun ni,masuk hari sabtu and ahad,isnin terus exam APT,EPT,FKT.Rabu TEnT."Senang tak?" Mana ada bnde sng dalam dunia -__- APT ssh gilos.Lagi ssh drpd Exam Bahasa Arab Tinggi SPM.Eh,of course la.Nama pun dah masuk Universiti mesti la soalan up siket.Haha.Serius susah gilo.Aku jamin tak ada sapa pun jawab penuh.Mesti ada tinggal.Haha.Kalau utk mereka yg tak ada basic Arab,hanya dibenarkan keluar 30 minit selepas peperiksaan bermula.Lepas 30 minit,ramai keluar.Masa tu aku exam kat Block E bilik E008.Semua course Physical Science.Semua perempuan.Hmm.Yang betul2 exam sampai habis masa tinggal dua orang je.Haha.FKT tu pulak pasal soalan Fardhu Ain sebenarnya.Tapi,soalan dalam English.Amek kau.So,kena tahu maksud istilah perkataan dalam Bahasa Inggeris.Contohnya, ablution = wudhu' , ghusl = mandi wajib , congregrational pray = solat berjemaah dan banyak lagi.Pasal TEnT pulak,korang kena baca Al-Quran depan ustaz.Before masuk tu ada kena isi borang.Bila masuk,aku baca je then ustaz kata "Sadaqallahulazim" .Tips : Baca dengan lancar tanpa gagap atau tersekat.InsyaAllah korang akn exit or exempted.


Mungkin ramai tertanya-tanya,apa tujuan exam2 berkenaan diadakan?Okay.Kisahnya macam ni.Kalau korang tak exempted exam2 tersebut,korang pun kena belajar subjek tu.Start dengan English Placement Test aka EPT.Ada 6 levels.Contoh macam aku,aku pye EPT,alhamdulillah level 6 -_-" okay,level 6 maksudnya maximum level before exempted.Kalau korang exempted die akan tules EXEMPTED.Exempted bermakna korang x payah ambek subjek English utk sem tu.Kalau aku,terpaksa lah ambik subjek English utk Sem 1 ni.Utk APT pulak,kalau course2 science,APT ada smpai level 2 sahaja.then korg exempted.Utk course BAR (Bahasa Arab) , IRK (Islamic Revealed Knowledge/Ilmu Wahyu),Law ada smpai level 6.Contoh kalau aku,alhamdulillah APT exempted.FKT and TEnT xtau lagi result.Hmm.


Segala maklumat tentang UIA boleh didapati di SINI


Btw pasal Taaruf Week tak ada lah bosan pun.Best sebenarnya sebab tak ada aktiviti yg ntah pape or memenatkan.Die byk psl briefing tentang UIA dan course2 korg,pasal department,dan lain2.Die straight to the point la ttg ape yg kite akn alami kat UIA tu.Dgr cite ada lg U yg x dpt kad matrik.Klau UIA,registration day tu terus tgkp gamba kad matrik.4 Hari lepas tu terus dpt kad matrik.Isnin exam APT EPT,Jumaat dah dpt result.Isnin terus dpt timetable + group number.Group number tu kira class korg la.Gituu.cpt and efisien kan?xde buang masa.Masa taaruf week die terus trgkn cara kire gpa cgpa,cara menguruskan masa,subjek2 yang bakal diambik utk tiap2 course,psl discipline and welfare,mahallah,peraturan and so on.Solat berjemaah kat padang.Comittee2 akn bentangkan tikar utk korg berjemaah ramai2 kat field tu.baca ma'thurat.and ada kullimin (kuliah lima minit).comittee akn sebut nama tertentu and pelajar tersebut kena bagi kuliah lima minit.sometimes,ada yg volunteer.besttt.tp mmg byk briefing je la klau psl academic or lain2.pasal department.Taaruf week akn jd best klau korg pndai manfaatkan.klau tido je masa briefing mmg la rasa bosan.haha.


Ok,next.Aku ddk Mahallah Zainab Jahsy.Ni haa



Lawo kan?Haha.Nampak cam petak je.Sebenarnye memanjang ke belakang.Aku ground floor.Mohon jangan jeles.Haha.Sian sape tingkat 4.Ok la.Sampai sini dlu je kot.Bila2 sambung lagi.Gdluck kpd smua kawan2 yang dah masuk IPT.Jaga diri,jaga hati,jaga iman.Ganbatte!Assalamualaikum.

Wednesday, 14 May 2014

This Is The Beginning

Assalamualaikum.Result upu dah keluar pada 10 Mei lepas.Pada 9 Mei,aku dapat mesej berbunyi :

RM0.00 UPU : Semakan Ke IPTA/Poli Premier Lepasan SPM/Setaraf 2014/2015 mulai 12pm,10/5/14.Layari http://upu.moe.gov.my atau taip : UPU RESULT (NoKP) & SMS 15888


And then ak pun mcm "ooo.ok." Keesokan harinya,group wasep batch ak yg khusus utk girlss tu pun kecoh la.Masing2 debor.Dah la sepanjang malam aku mmpi menunggu result upu.Seksa woo.Kawan2 ak smua pakat type sms awal2,tepat 12 tghri smua klik SEND.Agak releven idea tu tapi aku x join.Muahaha.


Then,masa yang ditunggu-tunggu tiba.Dorg smua pakat send sms dah.Kwn ak yg first skali dpt mesej balas drpd 15888 adalah Fath.And she told us that she got UIAM.Tp msej tu x bgtau nama course,just course code.Patu die check,die dpt course Dentistry.Maka kawan ak td dpt ler Asasi Pergigian.kemudiannya disusuli bberapa kwn yg lain.ak hanya terpaku sbg silent reader mmbaca smuanya.Sad.


At last,aku tekad "Ahhh!Ini x boleh jadi!Mana boleh aku baca je sambil jantung rasa nak terkeluar?Aku mesti hentikan debaran ni!" Then ak bkk lappy,bkk link upu.Perghh.Benda pusing2 tu pusing x berenti -__- As expected,mesti la jam.Smua org nak tgk keputusan.Then kwn ak bagi link yg xde traffic jam.Laju je boleh bkk.Aku pun bkk.Then...Alhamdulillah.Klua la keputusan di situ.Aku bgtau la sesiapa yg berkenaan tentang itu.


Dah petang,aku accept offer tu.Actually die tules bole accept 11 Mei tapi ada kwn ak dah boleh buat.Then aku pun buat.Klua la ini...



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Rmai jgk kawan lain yang dpt UIA yang aku kenal.Tp xde sorg pun sama course dgn aku T.T anyway ak nak tuka ke course allied actually.Wuuu.Sbb nk amek audiology time degree.Tp I'll try first.Klau x bole tuka,go on je la dgn course ni :) 

Dlu mse isi upu nak ambik couse bahasa arab x jd sbb xnk org pggil aku ustazah.Hahaha.Lepas tu,nk course allied pulak.Sekarang nak go on plk dgn physical science ni xD Macam2

Anyway,kpd sapa2 dpt UIA gak,welcome to the garden of knowledge and virtue.Something yg menarik about IIUM,ada peraturan yg perlu ditandatangani oleh students.Antara isi perjanjian tu adalah;menutup aurat,menjaga perkara halal dan haram,solat 5 waktu,mematuhi arahan agama.And I likeee.Hehe :) And something yg ak rse awesome psl UIA adalah,UIA universiti paling baru nk dbndingkan dgn UM,USM,UTM,UKM,UITM  tp dah boleh bersaing dgn universiti2 yg lebih senior tersebut.And,Uia in progress of being research university.even boleh dikatakan fresh newbie university.Bittaufiq wan najah IIUM ! Hehe belum jd student lg dah belagok dan bajet  puihhh. Haha.K -_-

Kne ready for EPT , APT , tilawah , fardhu ain ... Masuk2 je kne exam.Hmm.8 Jun 2014,akan bermulanya kehidupan aku yang baru T_T I missed school.Sob Sob.Nvm,Bismillah and I'm hoping everything will be ok.Azam aku,mesti la sama dgn org lain.Mgejar 4 flat.Then,focus study and improve diri.Yana bagitau aku "when u're easy to fall in love,then u're a LOOSER" Ok.Smpai sni dulu.Smoga terus sukses!Assalamualaikum.

Wednesday, 16 April 2014

IPG Oh OPG (Ujian Bertulis + Fizikal/Kecergasan/Fitness)

Assalamualaikum pembuka bicara :D hehe.
Okay,ni nak cerita pasal pengalaman menjalani temuduga bertulis + fitness.Before that,ni la rupa jemputan drpd pihak IPG utk ambilan 2014...



Okay,smua ni based on pengalaman aku sndiri kat IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi tau.xtau la pgalaman org lain kat tempat lain.Huhu.

Bermula dgn ujian bertulis.Even mula pukul 12,pukul 11.30 tu dah kne masuk dewan.so,korg dtg la awal ye.klau ak,ak smpai sana pukul 10.30 gituu.mcm awal sgt,tp bila jmpe kwn,ok je sbb sembang2 kan.huhu.Nasib baik ada Cik Nad yg dpt waktu ujian betules sama saya.Tp,die kelompok 1,saya kelompok 2 _"_ Nnti ada board kat situ,ditampal senarai nama utk Dewan 1 atau Dewan 2.Dewan 1 utk kelompok 1,Dewan 2 utk kelompok 2.Based on gamba ats tu,ak kelompok 2,maka nama ak pun tersenarai kat Dewan 2 aka Dewan Syarahan Al-Marbawi.Patu,daftar kehadiran.Then,tggu smpai ada sorg pengawas peperiksaan akn pnggil "okay,dah boleh masuk." then,bwk masuk pensel 2B,pemadam,IC dan SLIP KEHADIRAN sahaja.ak terbawak surat beranak,patu ak xtau la knp makcik tu garang sgt , "hishh!xpyh surat branak tu" patu ak pun bg kat ibu,then masuk dgn hanya pensel 2B dua batang,pemadam,ic and slip kehadiran.bila masuk,pilih je ddk mana2,x kesah pun.ak ddk depan sekali.huhu.ats meja dah tersedia kertas OMR.15 minit sebelum pukul 12,die dah edarkan buku soalan.Dia ala2 mcm soalan SPM tu kan dlm bentuk buku.gitu.sbb belum pkul 12,pgawas tu kata "okay,boleh usha2 dulu" . Soalan dia terbahagi kpd 2,Bahagian A dan Bahagian B.Bahagian A ada 135 soalan dan Bahagian B ada 60 soalan.Jgn risau,semua objektif.Membantai dibenarkan 100% hehe.pastu,ak dh redah dulu 10 soalan.bila pgawas kata "Okay,jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari.anda dibenarkan menjawab sekarang.Goodluck." tapi,dia start cakap "Okay,..." aku terus hitamkan 10 soalan xD

"soalan die ssh x?"  Haa,ni nak bgtau.mula2 nak masuk ak mmg cuak la sbb ak tgk ad org siap buat latihan ,beli buku bagai.ak ni , erkk.mcm x prepare ape2 je -_- tp jgn risau,ujian ni memerlukan keyakinan diri je.muahaha.lg 1,makcik ak kata "jgn smpai x siap.klau x siap,mmg dy reject terus" gituu. "Apa beza bahagian A dgn bahagian B?" so,bahagian A tu ada dua je pilihan jwpn.A atau B.Wajar atau tidak wajar.Betul atau tidak.Bahagian B pulak ada 4 pilihan jwpn. A-Tidak benar sama sekali B-Tidak benar C-Benar D-Benar sama sekali.

Anak2 smua jgn risau,ak bg contoh soalan.Contoh soalan bahagian A yang ak igt, 
"Saya rela meminjamkan wang kepada rakan saya walaupun saya tahu dia sukar untuk membayar hutang." A.Wajar B.Tidak wajar 
"Jika anak-anak murid saya mempunyai masa lapang,saya akan menggalakkan mereka" A.Membaca novel B.Membuat aktiviti yang kreatif
"Pada pendapat saya,guru yang tegas dapat menjadikan sistem pembelajaran lebih berkesan" A.Betul B.Tidak
"Pada pendapat saya,kepentingan sebagai seorang guru adalah" A.Tegas dan berdisiplin B.Penyayang dan prihatin
"Saya sering bertelagah dengan pensyarah dan rakan saya kerana" A.Mereka  tidak menerima pendapat saya B.Saya tidak menerima pendapat mereka

Got it?Kalau Bahagian B pulak,soalan dia mmg betul2 psl diri anda,contoh,
"Saya mendengar seperti ada suara yang saya tidak tahu dari mana datangnya" Jwb la A/B/C/D
"Saya merasakan perkara-perkara pelik yang sering berlaku dalam hidup saya"
"Saya pernah berniat untuk lari dari rumah"
"Saya pernah berniat untuk membunuh diri"
"Mati adalah lebih baik daripada terseksa"
"Orang sekeliling mengenali saya sebagai seorang yang cepat marah."

Macam tu.X susah kan?Haha.Okay,masuk kepada ujian fizikal/kecergasan/fitness.Dia akan bezakan tempat kelompok 1 dan 2.Kalau kelompok 2 mcm aku ni,die buat kat Gimnasium Saidina Hamzah.Dalam gym ye,jd jgn risau,tak panas.Huhu.Nanti,dia akan pecahkan kpd kumpulan mngikut pukul berapa ujian kecergasan dijalankan.Contohnya,aku ni yang belah petang.kump 1 , start 2.30,kump 2 start 3.15,kump 3 start 4.00,kump 4 start 4.45,kump 5 start 5.30..oleh sbb ak pye start 4.45,ak kump 4.kump 1 akn start dlu,then kami ni duduk2 je la dlu smbil mnunggu turn.

5 aktiviti akan dijalankan.Akn ada coach2 yang terdiri drpd pensyarah2 kat situ,abg2 dan akak2.tapi yg ramai abg2.akak2 ada dlm 3/4 org je.Abg2 ade dalam 8 org.ak pun pelik.padahal kelompok ak ada dalam 70 lebih tapi lelaki ada 5 org je ==''

1.Kira berat dan tinggi utk BMI

Masa ni aku sgt la pelik.Knp aku pye tggi 157 cm , tiba2 bila abg tu ukur,jd 153 cm T_T waaa.tapi korg kena tahan malu je la  sebab abg tu akn sebut dgn kuat "tggi blablabla,berat blablabla" bab berat tu sgt la sensetip.naseb baik la time tu ak kump 4,so mse tu tinggal kump 5 je.kump ak ade sorg laki,kump 5 ade 2 org laki.so x kesah la.muahaha.

2.Bangun tubi 5 variasi

Yang ni sng je.nnti dy tunjuk cemana nak buat.Masa yang keempat tu,tgn letak ats kepala.aku nak bgun tp x mmpu.setiap org akn ada sorg abg/akk/coach yg pantau.ak dipantau oleh sorg abg yg paling hensem kat situ -_- watever.tapi masa ak x boleh nak bangun,dy kata "1,2,3 up!" tapi xleh gak.patu coach tu pijak kaki aku,baru la ak bole bgun.hehe.Perkara penting adalah,tapak kaki kena melekat kat lantai.jgn ternaik.

Okay,ak bg contoh 5 variasi tu ye

Variasi 1-Baring,then bangun tangan pegang lutut

 
 
Variasi 2-Baring,then bangun siku kat lutut


Variasi 3-Baring,then bangun,dada kat lutut

lebih kurang mcm ni tapi tapak kaki lekat kat lantai ok

Variasi 4-Baring smbil tangan ats kepala,then bangun.

Lebih kurg mcm ni,cuma tgn betul2 kne ats kpala

Variasi 5-Baring smbil dua2 tgn disilangkan ke belakang badan,then bangun

Yang ni boleh bygkn?sbb nak carik gambo xdek.hehe
  
 
3.Kilas sisi

Yang ni,korang akn membelakangkan dinding.ok,cara buatnye mcm ni.

1.korg tunduk,tgn cecah lantai
2.bangun,tgn lekap kat dinding blkg korang belah kanan
3.tunduk balek,tgn cecah lantai
4.bangun,tgn lekap kat dinding blkg korg belah kiri
5.korg ulang perkara sama,buat sebanyak mana korg boleh buat dalam masa yang ditetapkan.kalau x silap aku,1 minit.

p/s:coach aku kata,sapa dpt 40 ke ats dh kire superior.

4.Lompat kuadran



Kalau aku,nombo 1 start dari kanan bawah,then ke kiri,then ke atas,then ke kanan,then ulang la smpai coach kata "stop!" gituu.

5.Bleep test

Bleep test ni bkn coach yg cakap,tapi macam suara rakaman org enggeris.



Dia akan ada level.setiap level ada sub lg.contoh die sebut "level one,one" time tu kne start lari.bila bunyi "beep" tapi x smpai lg garisan,dikira out and keputusan ko Level 1/1 .and,kepada sesiapa yang bila die sebut "level one,one" dah smpai garisan sebelum bunyi "beep" ,, bila bunyi "beep" , anda kne lari patah balik ke garisan belah sana pulak.kerja korg ulang alik 20 meter tu slagi korg smpai kat garisan tu sebelum "beep" and makin lama,makin cepat bunyi "beep" tu.okay,bila lepas level 1/1,korg akn terus level 1/2,1/3,1/4,1/5,1/6,1/7 then masuk "level two,one" . mse tu mmg penat.sbb korg dah klua tenaga utk aktiviti2 sebelum tu,ttiba kne lari x berenti.mmg sprint je la.sape yg dapat bertahan lama,mmg stamina kuat.kat group ak ada perempuan smpai level 6.mmg atlet skolah tu -_- klau lelaki,xyah citer la,level 7 tu dah biase.hihi.perempuan biase level 2 or 3.spe smpai level 4 ke atas tu kire stamina kuat la.

Pasal pakaian,dari rumah terus pakai t shirt lengan panjang putih,tudung hitam,stoken putih,kasut sukan.Ok?klau laki,rsenye biase je kot.tshirt puteh lengan pendek berkolar,stoken putih,kasut sukan.tapi masa aku ni,ada je yg pakai tdung maroon,peach.hmm.x kesah pun.tapi dari rumah terus pakai.sbb ade yg dari rumah pkai baju kurung.pastu dtg2,terus tukar baju t shirt.

Rasanya tu je kot.lepas smua tu,korg pun boleh balek dlm keadaan kepenatan.Macam baru balek interview tentera pun ada.haha :D K bai.Assalamualaikum.