Salam alaik.
Okay,dah masuk sem 2 and aku sangatlah free sbb satu subjek je. Btw,sem 2 adalah shortsem and sepatutnya aku x ada shortsem pun,but sbb sem 3 nnti aku nak pindah ke kampus gambang,so aku kena habiskan subjek lab aku kat sini. makanya,aku amek chem lab je sem ni sbb phy lab dah amek sem lepas.
since post aku yang lepas,hingga ke hari ini...macam2 yg aku lalui dan lihat.dari hari ke hari.aku tahu,kacamata penglihatan aku tidak pernah menipu dalam menganalisis sesuatu,tapi mungkin aku yang tertipu dek persepsi yang bukan-bukan.aku cuba meyakinkan diri,namun nampaknya semua memakan diri aku kembali.hari ke hari,makin teruk jiwa.aku cuba mencari jawapan.hanya pada-Nya ku memohon segala petunjuk dan pedoman agar jiwa aku lebih tenang dan suci.
Tapi memang betul.Bila kita mengadu pada Allah,kita sedar yang kita tak pernah sendirian :D aku suka berkata-kata.aku suka bercakap,atau lebih tepat...mengarut mungkin?meraban?sewaktu dengannya.tapi manusia mudah jemu dengan kata-kata tanpa henti ibarat peluru.manusia mudah bosan mendengar ceritera yang disampaikan tanpa ada pengakhirannya.tapi Dia,tak pernah bosan mendengar cerita hamba-Nya :) tapi,mengapa kita boleh terleka?masa memakan hidup kita,atau hidup kita yang terlalu banyak memakan masa?
"Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian" But,wait...bukan semua ! Ada yang tak.But who?Hmm."Melainkan yang beriman dan beramal soleh,dan mereka yang berpesan2 kpd kebenaran dan mereka yang berpesan2 kpd kesabaran"
Masa terbuang begitu saja.Aku terlalu leka mencari punca kelemahan diri.Punca kecacatan diri,adab,akhlak,tatasusila.Entah mana silapnya.Aku tak keruan.Aku tak mampu mencari jalan keluar.Aku cuba tenangkan diri.Bagi kata-kata motivasi pada diri.Tapi diri masih tak mampu mencari punca kedamaian hati.Lama-lama aku sedar...Sedalam mana aku korek lubang,sejauh mana aku berlari untuk mencari ketenangan...Aku takkan jumpa.Punca ketenangan adalah Dia.Cinta kepada Dia.Yakin kepada Dia.Ingat Dia.
okay,everyone here loves to talk about jodoh and marriage dan sewaktu dengannya.But,seriously?aku memerhati manusia hidup di sekeliling.termasuk diri sendiri.perasaan itu fitrah.bila perasaan mula nak bercambah,aku memang tak keruan.bahaya.ini bahaya.aku cuba cari mana kelemahan perasaan ni.tak jumpa bakhang.tapi akhirnya aku jumpa jalan yang lebih lebar.iaitu,aku kembali kepada Pencipta perasaan.Dia bagi kita perasaan.Perasaan ape kau ni?Selebet betul -_- Okay fine.straight foward aku cakap.
Chenta.Suka.Minat.Adore.Sewaktu dengannya.Dorang suka sangat cakap pasal love kan?Ha nak tanye.What is true love?
True love is to have the feeling of love towards Allah.
Nothing more than that.
Allah gives us the feeling of love.why?
Supaya kita cintakan Allah.
Bukan nak cakap tak boleh cinta orang.Bukan sama sekali.Itu fitrah manusia kot.Berani aku nak lawan?Apa yang aku nak sampaikan...
Allah bagi kita perasaan.Memang kita rasa nikmat perasaan tu.Tapi,jgn lupa bersyukur sebab kita dikurniakan such a wonderful feeling.Kan?Makanya,tanda syukur,selain say Alhamdulillah,kita kena gunakan nikmat perasaan itu kepada Allah jugak.Trust me,bila kita serahkan cinta kepada Allah,kita akan dapat cinta yang lainnya.InsyaAllah.
Makanya,kini aku lebih faham.
Mencintai manusia yang mengingatkan kita kepada cinta-Nya...
OHSEM SEHH !
pesanan : aku bukan manusia yang kau sangka baik dan penuh akhlak.aku manusia yang jahil gila kot tahap aku pun tak tahu nak cakap macamana.aku ibarat buih di lautan T_T sentuh sikit dah pecah.aku tak setabah , sekuat yang kauorang sangka.too much jahiliyyah.yet we expect to enter Jannah?Pfft.tak terungkap lah.hari ke hari,aku cuba perbaiki diri,tapi.Ya,hijrah itu tak mudah.alhamdulillah,ada manusia yang Allah permudahkan proses hijrahnya.tapi takpa,aku yakin Allah ada menyaksikan setiap langkah yang cuba aku atur.walaupun merangkak,malahan mengesot :) kan aku cakap,tak mudah wehhh.ape yang aku tahu, di sebalik kepayahan,di situlah ada kekuatan ! ^_^
aku masih mencari diri.Moga Allah redha.
Wallahua'lam.
