Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan rasa benci. Damaikan hati, biarkan cinta yang membuat hidupmu lebih bererti :)

Wednesday, 7 September 2022

Adulting

Assalamualaikum, hai.

Time flies so fast. Berbaki lagi 3 bulan lebih, nak masuk 2023 dah. Banyak sangat perkara yang berlaku tahun ni :') Pertamanya, alhamdulillah aku dah habis master. In shaa Allah bulan 11 nanti convo. So sekarang aku tengah counting days untuk wishlist 2022 aku tercapai, iaitu 202(2 convos). Tak sabarrrr.


Keduanya, aku dah kerja sekarang as cikgu. Alkisahnya, saje job hunting awal. Bulan 5 haritu dah job hunt sbb takut kalau lambat, nnti dah habis belajar, menganggur lama. Alhamdulillah rezeki, tak lama lps tu terus dpt kerja kat sekolah ni. Sekolah Sri UCSI. Mula-mula tu, menangis weh. Kerja sambil master. Sebab waktu dh masuk kerja tu, tgh thesis writing. Pergh, takleh nak ckp la terseksa dia tu. Menangis, meratap, sbb risau tak dpt grad on time. Macamana pun, nak habiskan 3 sem jgk master ni. Tak larat dah nak lama2. Si F pun ckp "pastikan habis sem ni jgk. kalau tangguh sem, makin byk kena keluar duit, pastu nanti makin lama nak kena kerja sambil belajar. Penat nanti. So, kalau ada apa2 saya boleh tlg, bagitau je. Asalkan grad sem ni." Tapi, banyak kali jgk nak give up waktu tu. Dengan tak cukup masa nak run analysis. Pergh. Menghitung hari dgn full thesis submission punya dateline. Tapi hasil daripada continuous support dan doa dari semua, alhamdulillah survived :') All those tears and sweats paid off.


Hahaha, btw psl cikgu tu, dream job lah kot, tapi hmm. Tgh consider jgk nak jadi lecturer instead of kerja sekarang ni. Kalau ikutkan, kerja sekarang ni best je sebab environment and kawan kerja semua baik gila. cuma students je la hm. aku culture shock masuk sekolah ni. aku igtkan aku je yg tak normal, sekali cikgu lain pun sama daa. mungkin mcm tu la kot culture sekolah kaya, dimana cikgu 'dibayar' oleh pelajar. cikgu buat hal, student boleh report. student buat hal, sekolah bukan boleh buat apa sgt. yela, student bayar ribu riban kot kat sekolah tu. hilang sorg student dah rugi byk. Tambah plak aku jenis naif sgt, lagi kena pijak kepala mat. dorg dulik apa kau cikgu ke tak. Dah baik sgt, lg senang dorg nak pergunakan dan perbodohkan. Tak semua, tp ada laa. 

Dalam erti kata lain, kau diexpect utk jadi perfect teacher, mengajar dgn cara yg menarik, effective, kerja lebih masa demi students dll. Kalau tak, student report kau. Tapi, at the same time kau tak dapat respect dan recognisation pun. Padahal workload dan dedication tu dah lebih daripada apa yang dibayar. Faham tak? sangat jauh la dgn realiti sekolah gomen. Jauh sgt. Sekolah gomen, budak tak senakal tu sbb atleast, kalau kena buang sekolah, dorg nak pergi mana lagi betul tak? kalau ni, budak mmg tau dorg bayar sekolah tu, so dorg takkan dibuang. paling tak pun kena warning, detention. alah, bosan. Lagi satu, gomen cikgu boleh rilek2, kadang ada kelas takde cikgu. sekolah ni takleh ada sekejap pun kelas takde cikgu. kalau cikgu tak dtg, relief teacher kena ada, dimana cikgu yg tak dtg WAJIB prepare relief materials utk students. So, cikgu yang ganti tinggal pantau je. Tak boleh tinggal budak tanpa ada kerja. Banyak la lagi kerja lain. Mmg takde masa nak bergosip. Waktu pun pack gila, sbb cikgu takde waktu lunch atau break. Cikgu makan waktu time takde kelas je. So, pandai2 la curi waktu makan dan solat. Itupun, kadang waktu takde kelas, busy prepare materials utk next class, ataupun ada kena jadi relief teacher. So, tak sempat makan pun. Waktu sekolah habis pukul 3.40 pm. Budak2 balik time tu. So, dah settle semua, pkul 4 pm la baru makan. Then, 4.30 pm balik rumah. Jalan jem, pukul 6 pm baru sampai rumah. Esok pagi, 6.20 am dah kena keluar rumah. Macam tu la rutin harian. Takpela, atleast aku dah nampak the other side of education industry, dimana education tu is a part of bisnes. so, mcm tu la jadinya. Overworked.

Okay, done pasal tu. Nak jadikan cerita, beberapa hari lepas, aku dapat emel dari UTM.



Haritu sebenarnya dah decide utk kerja dulu. Nanti next time baru sambung phd. tapi, sekarang ni dilema pulak. sebabnya, yelah, alang2 dah ada peluang, pastu bak kata orang, momentum tu masih ada. tapi, komitmen banyak. ASB tu sebulan RM1050. belum campur yg lain2. rasa bersalah jgk kalau parents duk menanggung je. hmm. yg tu mmg tgh dilema sgt sekarang. So, taktau lagi lah macamana. Tengok la nanti.

Sunday, 27 February 2022

Smile.

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang tengah cuti sem, jadi adalah masa sikit nak update blog ni. So, sekarang tengah cuti sebelum masuknya sem 2 sesi 2021/2022, iaitu sem ketiga aku. Aku target nak master 3 sem je. Dalam erti kata lain, sem depan patut jadi sem terakhir aku. Amiin.

Lepas sem kedua aku berlalu, banyak benda baru yg aku belajar. Banyak sangat kalau nak tulis kat sini, tapi cukuplah aku tau apa yg aku belajar. And, kalau ikutkan, mmg kena struggle nak habiskan 3 sem, tapi aku kena kerja keras demi capai target aku. 


Tahun lepas, tak silap aku bulan 11 macam tu, aku ada iv untuk CoS DG41. sampai sekarang takde result lagi. paling terbaru pun update status vaccine semalam. Harapnya adalah sinar. Kalau ikutkan,  mmg double struggle aku kalau dpt CoS tu, sambil nak habiskan master. Aku cuma mampu doa Allah mudahkan urusan aku. Aku taknak berharap sgt CoS tu, takut kecewa. tapi, aku tak pasti apa plan aku lepasni untuk kerja under KPM kalau tak dpt CoS tu. So, nak taknak harapan aku agak tinggi juga kat CoS ni. Walaupun aku tau aku akan struggle dan sangat busy, I am ready for that. Nak berjaya mmg kena byk berkorban dan usaha keras kan?



Btw 17/3 nanti convo degree kat uia gombak. Aku taktau kenapa hati aku harap postpone je convo tu. Pertama, malas. Yela, cuti sem kalini kejap je. nanti naik sem aku mmg dah super busy. Convo 17/3, tapi 20/3 dah start kelas. Kedua, malas nak cecantik. Aku bukan apa tau, convo ni aku cam tak pikir apa. Tapi bila aku tgk org kata kena prepare baju, itu ini. Aku pn mcm.. "haaa? kena prepare keee?" Ikutkan aku malas nak fikir dan mmg tak prepare apa-apa.  Tapi, aku tau ramai yg sgt excited utk convo ni, so aku abaikan je apa hati aku harapkan tu, dan aku redho je la utk convo tu berlangsung nnti. 



Another good news (maybe?) aku dah uninstall ml sejak bulan 12 haritu tau. Puncanya sbb busy sgt hahaha. Takut mengganggu kerja hakiki. Setakat ni aku mmg tak main dah, tapi masih ambik tahu pasal tournament, masih update dan tengok mpl. Even pemilihan team utk wakil sukan sea haritu pn aku tengok okayy. Haa, just update tournament and proplayer je la, tapi kalau nak main tu, rasa macam zaman aku dah habis kot. Even ramai tanya bila nak comeback ml, tapi takde rasa lagi nak comeback. Haritu ada rasa nak comeback sbb nak beli skin hello kitty dgn starlight, tapi fikir balik, bazir lah. Plus banyak tanggungjawab hakiki daripada tanggungjawab majazi.


Tapi satu benda yang aku bersyukur sangat adalah lecturer master aku ni semua baik-baik T_T Antara nikmat yang aku takkan dustakan. Syukur ya Alllah. Sangat baik, memahami, toleransi, caring, sentiasa membantu, dll. Terlalu byk kebaikan. Semoga mereka sentiasa dlm rahmat Allah. Amiin. Oh ye, kawan-kawan sekarang pun baik jugak, walaupun tak pernah jumpa. Next sem pun utm dah announce, belajar online je. So maybe jumpa kawan master waktu convo nanti kot. in shaa Allah.

Okay lah, tu je kot buat masa ni. Semoga Allah permudahkan dan kuatkan aku untuk menghadapi hari-hari mendatang. Amiin.

Keep strong, keep going. Biar lelah, asalkan lillah.