Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan rasa benci. Damaikan hati, biarkan cinta yang membuat hidupmu lebih bererti :)

Thursday, 4 August 2016

Next Chapter, IIUM

Bismillah, Assalamualaikum dunia.
                              
Harini 4 Ogos 2016, so aku ada baki lebih kurang 26 hari sebelum masuk kuantan. Yes, new journey as a degree student. Nebes ke? ada la sikit. lebih kpd mood sedih xnk habis cuti. haha. 

so kesahnya ritu ak pye la x saba nk dpt offer letter. sbb dh malas nk tggu, acah acah berdebar gitu. tapi bila ak mcm busy sikit buat kuih raya (acah lagi) mse bulan puasa tu, masa terasa cpt sikit masa berjalan. 


offer letter klua 1 julai 2016. ak tgh acah busy buat japanese cotton cheesecake masa tu. dgr cite offer letter start boleh check pukul 2 ptg. tapi, biasalah. uia kan. hmm gitu lah. dlm beberapa jam lps tu, bru boleh check. itu pn ak bkk whatsapp je, baca group. depa kata xleh bkk, ak sambung buat kek. bila dah masukkn kek dlm oven, ak bkk fon agi, ttiba tebaca ws dari kinah, dia tye ak dpt apa. dia bgtau dia dpt plant science. time tu serius cuak. sbb kinah mintak chemistry jgk no 1 dlm list dulu. neves tak semena-mena aku.


bole tahan dasat gak nebes lps baca ws kinah. haha. tapi bkk je la, klau neves2 pn lama2 tak ke mana. pastu dah check, alhamdulillah...




Lepas tu, shafina yg mengada2 ni mula lah nak terfikir, "betul ke chemistry, bukan math?" eh, dulu kau yg kata nak cuba jgk letak chem ni nombor 1, math nombor 2. klau dpt chem syukur, klau dpt math pn syukur. basically x kisah dpt mana2 yg rezeki. yg pnting bukan fizik huhu. skrg ko nak menggedik plak eh -.- hehe. apa2 pun alhamdulillah. terima kasih utk semua yg telah mendoakan saya. doakan semoga saya terus sukses, amiin.

aku percaya, apa pun bidang yg diambil, akhirnya berbalik semula kepada diri sendiri. menjadi diri yang bermanfaat atau x? atau sekadar tergila-gilakan ijazah untuk habuan dunia? pada aku, ijazah itu simbolik kepada ilmu. dan ilmu itu milik Allah, jadi tanggungjawab penuntut ilmu itu sendiri, bagaimana dia mencorak ilmunya, memanfaatkan ilmunya, dan kepada siapa dia berbakti, atas ilmu yg dipelajarinya.

Kita, mahasiswa/wi, bukan kerja kita hanya pergi kelas, balik kelas, pulun utk exam, kemudian dpt 4 rata, puas hati, happy. Kalau semata-mata kerana itulah kita berpenat lelah setiap hari, tak hairan lah ramai mahasiswa/wi bunuh diri, mempersoalkan kenapa dorg kne work hard, tak tido malam siapkan assignment. kenapa? Hanya utk kepuasan diri yg xkn ada pengakhirannya? lepas grad dgn cgpa 4 rata, dpt kerja, dpt gaji, kawen, dpt anak, keluarga bahagia smpai cucu cicit, lepas tu apa? 

akhirnya, kita akan kembali kepada Tuhan. dan hakikatnya tak semestinya lepas kita kecapi semua level dalam hidup ni, lepas dah berjaya, dapat keluarga bahagia, lepas dh takde lagi dah 'wishlist' dlm hidup, baru nyawa kita diambil. Tak. bila2 je kita boleh kembali. dan akhirnya kita semua akan berdiri di hadapan Allah. dipersoalkan amalan kita di dunia. itulah destinasi kita. 

dan akhirnya kita sendiri akan berfikir, dan tertanya,

"Apa yang aku buat, untuk menegakkan kalimah Allah?"

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَشَاقُّوا الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَىٰ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا وَسَيُحْبِطُ أَعْمَالَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang kafir dan (yang) menghalangi manusia dari jalan Allah serta memusuhi Rasul setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun. Dan Allah akan menghapuskan (pahala) amal-amal mereka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kamu merusakkan (pahala) amal-amalmu.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ مَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang kafir dan (yang) menghalangi manusia dari jalan Allah kemudian mereka mati dalam keadaan kafir, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampun kepada mereka.

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ
Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah pun bersamamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu.

إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

(47:31-36)

Semoga kita terus berbakti demi ummah, tanpa mengeluh lelah, kerana sesungguhnya, semuanya semata-mata lillah, in shaa Allah.

Senyum sikit. Tajdid niat sebelum masuk kuantan.

dan kepada semua kawan2, tahniah dan takziah ats apa pun course yg korg dpt. see you in kuantan, in shaa Allah.

Wallahua'lam.

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Tuesday, 19 July 2016

Demi Perjalanan.

Assalamualaikum.

Lately, aku banyak berfikir. Tentang sebuah perjalanan. Perjalanan siapa? Of course, perjalanan aku sendiri. Perjalanan yang aku tak tahu, bila akan berakhir. Perjalanan yang aku tak tahu, apa yang akan aku jumpa di hadapan. Perjalanan yang aku pasti, akhirnya aku akan sendiri. 




Teringat satu ketika, dia berkata


"Baru diuji sikit dah lembik! Eh, perjalanan ni panjang lagi la! Kalau lembik macam ni, baik tak payah! Mengaku diri pejuang! Menyusahkan ada lah!"          

Setiap kata-kata diucap, sambil air mata tak berhenti mengalir di pipinya. Aku pun. Sebak. Menangis. Terasa dalam hati, betapa lembiknya diri. Dah la x sedar diri tu hamba, lalai sana sini, tapi tak malu mengaku diri tu Islam. Hakikatnya, apa yang disumbangkan? Sikit ke banyak? Paling teruk lagi, ada ke tak?

So, kebelakangan ni aku berfikir tentang masa depan. Aku tak tahu kenapa. Setiap kali berbicara tentang masa depan dengan kawan-kawan, mesti bab ni dorg bahagia. Of course, sebab sentuh bab kahwin. Tapi, aku takut. Tiap kali sembang masa depan, sebenarnya aku takut. Masa depan is not just about marriage. Ianya lebih daripada itu. Lebih besar daripada itu. Sampai satu tahap, aku berkata dalam hati,

Eh, dorg ni x takut ke? It is not as simple as that. Kenapa dorg tak pikir jauh ke depan? Life is not a bed of roses. Tak salah nak fikir bahagia, tapi kena igt jgk, hidup ni ujian. Dah cukup bersedia ke? Atau aku yang terlalu paranoid?


Jujurnya, bila satu ujian dtg, masa tu aku tahu, sejauh mana aku punya tahap kekuatan. Setelah lantang berkata-kata, akhirnya ujian itu datang, untuk membuktikan sejauh mana kita beramal dengan apa yg kita katakan. Sungguh, takda daya kekuatan selain daripada Allah. Teringat satu ayat,

يَا أَيُّهَا الإنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًافَمُلاقِيه

“Wahai manusia! Sesungguhnya kamu bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya” (Al-Insyiqaq: 6)


So, bila mana kita diuji, ketahuilah, Allah nak kita kembali. Sampai bila nak berpijak di bumi dengan meninggi diri? Rasa diri dah cukup baik, rasa diri sempurna. Nauzubillah. Allahu, lemah rasanya.

Maka, di mana pun kau berpijak, renunglah semula, kau berpijak kerana apa.

Fi hifzillah.

Wallahua'lam.