Hello, assalamualaikum.
Yeay, hampir setahun tak post kat sini. Hahaha. Last entry kemahen pasal azam baru tahun 2020 lah ape lah. Last-last, diam menyepi guys. Yelah, gara-gara musim pandemik ni, tak ada apa sangat pun nak cerita. Sebab banyak habis masa kat rumah je hm.
Okay, so make story short, alhamdulillah aku dah officially graduated from IIUM. Phew, those 4 years ended in a blink of an eye. Terima kasih yang tak terhingga kepada ayah, ibu, embah (nenek) dan semua ahli keluarga saya yg menjadi penguat semangat sepanjang 4 tahun ni. Tak lupa juga kepada semua kawan-kawan elixir161, keluarga GAMIS, roommates dan semua kenalan yang sentiasa ada untuk melakar memori terindah, pahit manis dan suka duka dalam menempuh degree life ni. Jutaan terima kasih kepada supervisor fyp saya, Dr Azmi dan semua lecturer yang berdedikasi dalam menyampaikan ilmu. Terima kasih tak terhingga.
Sejujurnya, degree life adalah antara fasa terindah dalam hidup aku. Kat sini lah aku mula belajar banyak sangat perkara. Mula kenal ramai orang, dan majoritinya orang yg baik-baik. Alhamdulillah, itu antara nikmat terbesar lah dalam hidup aku. Aku sedar aku tak sempurna, tapi perkenalan dengan insan-insan dalam dunia degree ni buat aku sedar yg kesempurnaan itu adalah bila kita saling ada untuk melengkapi kekurangan masing-masing. Bukannya saling condemn atau menjatuhkan, tapi sama-sama nak jadi lebih baik, sama-sama ada bila ada yg susah, macam-macam lagi lah. Hm, kalau nak cerita pasal dunia degree ni, sampai bila pun tak habis. Banyak sangat lah T_T Rinduuu
Gambar kelas Elixir161 ^^
Elixir161 Janda Baik Trip (17 Feb, 2020)
Okay, tutup cerita pasal degree life. Sekarang nak cerita pasal kehidupan sekarang pulak lah kan. Ehem! So, nak dijadikan cerita, lepas degree ni memang penganggur sepenuh masa lah. Duduk rumah, buat kerja rumah, main game, edit content game diri sendiri dan orang lain, baca buku sikit-sikit, and ada lah juga kadang-kadang movie night dengan girlfriends. Hm, itu je lah kot. Tapi, the good thing is makin banyak spend time dgn parents. Makin banyak masa sembang-sembang dgn ibu ayah, dgr ayah bagi ceramah agama dll. Hahaha. Besttt. Rasa macam taknak berakhir je semua ni. Tapi, kadang-kadang rasa tak berguna juga lah sbb menganggur je, takda income T_T Meanwhile, orang lain dah boleh hulur-hulur kat parents memasing.
Makanya, aku ada rasa mcm aku ni orang takda masa depan, sampai lah pada tarikh 3/12/2020, tibalah masa 'turning point' untuk perasaan tu. Daripada asalnya rasa macam biawak hidup takda masa depan, tapi pada tarikh ni, perasaan tu berubah. Apakah itu? Jengjengjeng. Alkisahnya, aku dapat emel jam 2.33 petang. Syukur, alhamdulillah. Sekarang baru nampak masa depan sikit. Hehe. So, emel tu berbentuk begini...
Surpriseeee! ^^
Yelah, memang aku yang apply. Tapi, aku tak sangka boleh dapat offer secepat tu. Aku hantar application tu 1 Disember, dua hari lepas tu terus dapat offer. Tapi, sampai sekarang aku belum accept lagi ni. Hehehehe. Saja nak bagitau korang dulu. Itupun, kalau ada lah orang yg nak baca blog ni lah wkwk.
So, roughly aku nak cerita lah kenapa aku pilih School of Education UTM ni. Pertamanya, sebab aku taknak masuk industri. Aku nak masuk education field. Kenapa? Sebab tak minat kerja industri, dan ikut pengalaman aku mengajar parttime kat pusat tuisyen, aku minat lah jadi pendidik ni. Kena dengan jiwa. Cewahh. Okay, tapi kenapa UTM? Kenapa tak UPSI ke blablabla ke? Kenapa master? Kenapa tak ambik diploma pendidikan je? Kenapa kena sambung belajar? Kenapa tak apply je nak jadi cikgu under MARA, tak perlukan kelulusan education pun. Okay, semua soalan ni aku jawab kat entry yang lain lah ye. Tak rajin nak taip sekarang. Hahaha.
Btw, dengar cerita, ada beberapa juga lah dalam kalangan Elixir161 yang dah sambung dan bakal sambung master. Tak kisah la apa pun jalan cerita kita, samada sambung belajar, kerja industri, samada dalam bidang chemistry atau kerja di luar bidang sekalipun, kita mesti sungguh-sungguh dgn apa yg kita buat okay. Kena betulkan balik niat kenapa kita mulakan jalan tu. Yang paling penting, kena pastikan apa yg kita buat tu, Allah redha. Terus kuatkan diri melangkah hari-hari yang mendatang sebagai seorang 'fresh grad'. Adulting is hard. Fi hifzillah semua.
