Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan rasa benci. Damaikan hati, biarkan cinta yang membuat hidupmu lebih bererti :)

Friday, 4 December 2020

Turning point.

Hello, assalamualaikum.

Yeay, hampir setahun tak post kat sini. Hahaha. Last entry kemahen pasal azam baru tahun 2020 lah ape lah. Last-last, diam menyepi guys. Yelah, gara-gara musim pandemik ni, tak ada apa sangat pun nak cerita. Sebab banyak habis masa kat rumah je hm.

Okay, so make story short, alhamdulillah aku dah officially graduated from IIUM. Phew, those 4 years ended in a blink of an eye. Terima kasih yang tak terhingga kepada ayah, ibu, embah (nenek) dan semua ahli keluarga saya yg menjadi penguat semangat sepanjang 4 tahun ni. Tak lupa juga kepada semua kawan-kawan elixir161, keluarga GAMIS, roommates dan semua kenalan yang sentiasa ada untuk melakar memori terindah, pahit manis dan suka duka dalam menempuh degree life ni. Jutaan terima kasih kepada supervisor fyp saya, Dr Azmi dan semua lecturer yang berdedikasi dalam menyampaikan ilmu. Terima kasih tak terhingga.

Sejujurnya, degree life adalah antara fasa terindah dalam hidup aku. Kat sini lah aku mula belajar banyak sangat perkara. Mula kenal ramai orang, dan majoritinya orang yg baik-baik. Alhamdulillah, itu antara nikmat terbesar lah dalam hidup aku. Aku sedar aku tak sempurna, tapi perkenalan dengan insan-insan dalam dunia degree ni buat aku sedar yg kesempurnaan itu adalah bila kita saling ada untuk melengkapi kekurangan masing-masing. Bukannya saling condemn atau menjatuhkan, tapi sama-sama nak jadi lebih baik, sama-sama ada bila ada yg susah, macam-macam lagi lah. Hm, kalau nak cerita pasal dunia degree ni, sampai bila pun tak habis. Banyak sangat lah T_T Rinduuu



Gambar kelas Elixir161 ^^


Elixir161 Janda Baik Trip (17 Feb, 2020)

Okay, tutup cerita pasal degree life. Sekarang nak cerita pasal kehidupan sekarang pulak lah kan. Ehem! So, nak dijadikan cerita, lepas degree ni memang penganggur sepenuh masa lah. Duduk rumah, buat kerja rumah, main game, edit content game diri sendiri dan orang lain, baca buku sikit-sikit, and ada lah juga kadang-kadang movie night dengan girlfriends. Hm, itu je lah kot. Tapi, the good thing is makin banyak spend time dgn parents. Makin banyak masa sembang-sembang dgn ibu ayah, dgr ayah bagi ceramah agama dll. Hahaha. Besttt. Rasa macam taknak berakhir je semua ni. Tapi, kadang-kadang rasa tak berguna juga lah sbb menganggur je, takda income T_T Meanwhile, orang lain dah boleh hulur-hulur kat parents memasing. 

Makanya, aku ada rasa mcm aku ni orang takda masa depan, sampai lah pada tarikh 3/12/2020, tibalah masa 'turning point' untuk perasaan tu. Daripada asalnya rasa macam biawak hidup takda masa depan, tapi pada tarikh ni, perasaan tu berubah. Apakah itu? Jengjengjeng. Alkisahnya, aku dapat emel jam 2.33 petang. Syukur, alhamdulillah. Sekarang baru nampak masa depan sikit. Hehe. So, emel tu berbentuk begini...


Surpriseeee! ^^





Yelah, memang aku yang apply. Tapi, aku tak sangka boleh dapat offer secepat tu. Aku hantar application tu 1 Disember, dua hari lepas tu terus dapat offer. Tapi, sampai sekarang aku belum accept lagi ni. Hehehehe. Saja nak bagitau korang dulu. Itupun, kalau ada lah orang yg nak baca blog ni lah wkwk.

So, roughly aku nak cerita lah kenapa aku pilih School of Education UTM ni. Pertamanya, sebab aku taknak masuk industri. Aku nak masuk education field. Kenapa? Sebab tak minat kerja industri, dan ikut pengalaman aku mengajar parttime kat pusat tuisyen, aku minat lah jadi pendidik ni. Kena dengan jiwa. Cewahh. Okay, tapi kenapa UTM? Kenapa tak UPSI ke blablabla ke? Kenapa master? Kenapa tak ambik diploma pendidikan je? Kenapa kena sambung belajar? Kenapa tak apply je nak jadi cikgu under MARA, tak perlukan kelulusan education pun. Okay, semua soalan ni aku jawab kat entry yang lain lah ye. Tak rajin nak taip sekarang. Hahaha.

Btw, dengar cerita, ada beberapa juga lah dalam kalangan Elixir161 yang dah sambung dan bakal sambung master. Tak kisah la apa pun jalan cerita kita, samada sambung belajar, kerja industri, samada dalam bidang chemistry atau kerja di luar bidang sekalipun, kita mesti sungguh-sungguh dgn apa yg kita buat okay. Kena betulkan balik niat kenapa kita mulakan jalan tu. Yang paling penting, kena pastikan apa yg kita buat tu, Allah redha. Terus kuatkan diri melangkah hari-hari yang mendatang sebagai seorang 'fresh grad'. Adulting is hard. Fi hifzillah semua.


     

Tuesday, 31 December 2019

Comeback Stronger


Hello peeps :) Yeay, setelah 3 tahun, kini aku kembali menaip di blog ini. Sebenarnya berlambak draft through this 3 years, cuma tak publish je hehe.

Memandangkan harini merupakan hari terakhir untuk tahun 2019, maka tergeraklah hati nak menulis dalam blog ni. Bukannya apa, cuma hm. I have come out with some typically called "azam tahun baru".

Actually, haritu baru je berazam untuk takda azam tahun 2020, which means, recycle azam lama yang beshe2 je. Tapi setelah berfikir secara matang dan waras, rasa rugi sangat oi! This is my final year in degree life, and 2020 gonna be one of my precious and memorable years. 

Through my ups and downs in these 3 years, so here come my list of wishes:

1. Reflections

Since kadang-kadang aku lebih kepada follow the flow secara malas, maka aku nak Shafina 2020 yang lebih kepada reflect diri, serta sentiasa mentadabbur hukum alam. Melalui manusia, peristiwa atau apa saja. 

Maka modus operandi untuk azam yang pertama adalah, melalui post dalam blog ni, atau tulisan dalam buku. Aku akan prepare satu buku khas untuk 'Shafina reflections'. So, buku tu khas untuk ayat-ayat refleksi diri yang akan dibaca tiap kali down dan hilang pedoman atau kata lain, disaat iman ditahap rendah T_T

2. Reads

Dulu aku dikira rajin jugak lah membaca. Sekarang ni jarang gila membaca. So, aku nak aktifkan balik goodreads aku and spend lebih banyak masa membaca. Tak kiralah buku apa, asalkan ada pengajaran dan isi yang aku dapat sebagai refleksi diri dari seorang hamba Tuhan yang kerdil. Hmm. Dengan membaca, tak rugi pun. Ianya cuma salah satu cara mencari diri yang hilang.

3. Appreciate

Since this is my final year in degree life, in shaa Allah, so aku nak kumpul lebih banyak memori, lebih banyak post sebagai tanda appreciation kepada my classmates and friends. Salah satunya adalah, aku akan start buat highlight 'Elixir161' kat ig. hehe. Tunggu dan lihat~'

Oh ya! benda yang mesti jugak aku buat, adalah lebih appreciate family. Tahun 2020 aku nak lebih banyak spend time with family walaupun berjauhan. So, aku target nak kerapkan contact my family including cousins and pakcik makcik. Kadang-kadang whatsapp je semua, tapi nak kerapkan lagi! Oyeah

4. Enjoy, thankful and grateful

Satu turning point untuk aku adalah, 2019 tahun paling banyak aku 'enjoy'. Start dengan tiket vip konsert 4nomena, M1, and baru-baru ni aku pergi CF. Suprisingly, aku jadi gamer yang lebih enthusiastic. Contohnya, gigih nak push mytic, push mmr jadi top negeri. Wahaha! M1 dan cf tu pun aku pergi sebab ML. Phew.

Makanya, aku taknak lah minat aku ni menjerumuskan azam-azam aku yang lain. Makanya, azam aku yang keempat ni untuk jadikan minat ni sebagai bahan untuk enjoy my life disamping rasa syukur dengan kehidupan dan nafas yang masih ada. Aku akan stabilkan masa aku dengan pembahagian masa yang lebih teratur :) In shaa Allah.


Aku tahu 4 azam ni mungkin ada yang akan rasa sikit, atau ada yang rasa benda ni banyak. Tapi, semua ni cukup untuk melengkapi hari-hari aku, bila aku gabungkan semua azam ni untuk dua objektif utama hidup aku,

Hablu min Allah,
Hablu min An-nas.

Goodluck my dearself.


Thursday, 4 August 2016

Next Chapter, IIUM

Bismillah, Assalamualaikum dunia.
                              
Harini 4 Ogos 2016, so aku ada baki lebih kurang 26 hari sebelum masuk kuantan. Yes, new journey as a degree student. Nebes ke? ada la sikit. lebih kpd mood sedih xnk habis cuti. haha. 

so kesahnya ritu ak pye la x saba nk dpt offer letter. sbb dh malas nk tggu, acah acah berdebar gitu. tapi bila ak mcm busy sikit buat kuih raya (acah lagi) mse bulan puasa tu, masa terasa cpt sikit masa berjalan. 


offer letter klua 1 julai 2016. ak tgh acah busy buat japanese cotton cheesecake masa tu. dgr cite offer letter start boleh check pukul 2 ptg. tapi, biasalah. uia kan. hmm gitu lah. dlm beberapa jam lps tu, bru boleh check. itu pn ak bkk whatsapp je, baca group. depa kata xleh bkk, ak sambung buat kek. bila dah masukkn kek dlm oven, ak bkk fon agi, ttiba tebaca ws dari kinah, dia tye ak dpt apa. dia bgtau dia dpt plant science. time tu serius cuak. sbb kinah mintak chemistry jgk no 1 dlm list dulu. neves tak semena-mena aku.


bole tahan dasat gak nebes lps baca ws kinah. haha. tapi bkk je la, klau neves2 pn lama2 tak ke mana. pastu dah check, alhamdulillah...




Lepas tu, shafina yg mengada2 ni mula lah nak terfikir, "betul ke chemistry, bukan math?" eh, dulu kau yg kata nak cuba jgk letak chem ni nombor 1, math nombor 2. klau dpt chem syukur, klau dpt math pn syukur. basically x kisah dpt mana2 yg rezeki. yg pnting bukan fizik huhu. skrg ko nak menggedik plak eh -.- hehe. apa2 pun alhamdulillah. terima kasih utk semua yg telah mendoakan saya. doakan semoga saya terus sukses, amiin.

aku percaya, apa pun bidang yg diambil, akhirnya berbalik semula kepada diri sendiri. menjadi diri yang bermanfaat atau x? atau sekadar tergila-gilakan ijazah untuk habuan dunia? pada aku, ijazah itu simbolik kepada ilmu. dan ilmu itu milik Allah, jadi tanggungjawab penuntut ilmu itu sendiri, bagaimana dia mencorak ilmunya, memanfaatkan ilmunya, dan kepada siapa dia berbakti, atas ilmu yg dipelajarinya.

Kita, mahasiswa/wi, bukan kerja kita hanya pergi kelas, balik kelas, pulun utk exam, kemudian dpt 4 rata, puas hati, happy. Kalau semata-mata kerana itulah kita berpenat lelah setiap hari, tak hairan lah ramai mahasiswa/wi bunuh diri, mempersoalkan kenapa dorg kne work hard, tak tido malam siapkan assignment. kenapa? Hanya utk kepuasan diri yg xkn ada pengakhirannya? lepas grad dgn cgpa 4 rata, dpt kerja, dpt gaji, kawen, dpt anak, keluarga bahagia smpai cucu cicit, lepas tu apa? 

akhirnya, kita akan kembali kepada Tuhan. dan hakikatnya tak semestinya lepas kita kecapi semua level dalam hidup ni, lepas dah berjaya, dapat keluarga bahagia, lepas dh takde lagi dah 'wishlist' dlm hidup, baru nyawa kita diambil. Tak. bila2 je kita boleh kembali. dan akhirnya kita semua akan berdiri di hadapan Allah. dipersoalkan amalan kita di dunia. itulah destinasi kita. 

dan akhirnya kita sendiri akan berfikir, dan tertanya,

"Apa yang aku buat, untuk menegakkan kalimah Allah?"

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَشَاقُّوا الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَىٰ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا وَسَيُحْبِطُ أَعْمَالَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang kafir dan (yang) menghalangi manusia dari jalan Allah serta memusuhi Rasul setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun. Dan Allah akan menghapuskan (pahala) amal-amal mereka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kamu merusakkan (pahala) amal-amalmu.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ مَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang kafir dan (yang) menghalangi manusia dari jalan Allah kemudian mereka mati dalam keadaan kafir, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampun kepada mereka.

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ
Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah pun bersamamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu.

إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

(47:31-36)

Semoga kita terus berbakti demi ummah, tanpa mengeluh lelah, kerana sesungguhnya, semuanya semata-mata lillah, in shaa Allah.

Senyum sikit. Tajdid niat sebelum masuk kuantan.

dan kepada semua kawan2, tahniah dan takziah ats apa pun course yg korg dpt. see you in kuantan, in shaa Allah.

Wallahua'lam.

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi