Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan rasa benci. Damaikan hati, biarkan cinta yang membuat hidupmu lebih bererti :)

Sunday, 27 February 2022

Smile.

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang tengah cuti sem, jadi adalah masa sikit nak update blog ni. So, sekarang tengah cuti sebelum masuknya sem 2 sesi 2021/2022, iaitu sem ketiga aku. Aku target nak master 3 sem je. Dalam erti kata lain, sem depan patut jadi sem terakhir aku. Amiin.

Lepas sem kedua aku berlalu, banyak benda baru yg aku belajar. Banyak sangat kalau nak tulis kat sini, tapi cukuplah aku tau apa yg aku belajar. And, kalau ikutkan, mmg kena struggle nak habiskan 3 sem, tapi aku kena kerja keras demi capai target aku. 


Tahun lepas, tak silap aku bulan 11 macam tu, aku ada iv untuk CoS DG41. sampai sekarang takde result lagi. paling terbaru pun update status vaccine semalam. Harapnya adalah sinar. Kalau ikutkan,  mmg double struggle aku kalau dpt CoS tu, sambil nak habiskan master. Aku cuma mampu doa Allah mudahkan urusan aku. Aku taknak berharap sgt CoS tu, takut kecewa. tapi, aku tak pasti apa plan aku lepasni untuk kerja under KPM kalau tak dpt CoS tu. So, nak taknak harapan aku agak tinggi juga kat CoS ni. Walaupun aku tau aku akan struggle dan sangat busy, I am ready for that. Nak berjaya mmg kena byk berkorban dan usaha keras kan?



Btw 17/3 nanti convo degree kat uia gombak. Aku taktau kenapa hati aku harap postpone je convo tu. Pertama, malas. Yela, cuti sem kalini kejap je. nanti naik sem aku mmg dah super busy. Convo 17/3, tapi 20/3 dah start kelas. Kedua, malas nak cecantik. Aku bukan apa tau, convo ni aku cam tak pikir apa. Tapi bila aku tgk org kata kena prepare baju, itu ini. Aku pn mcm.. "haaa? kena prepare keee?" Ikutkan aku malas nak fikir dan mmg tak prepare apa-apa.  Tapi, aku tau ramai yg sgt excited utk convo ni, so aku abaikan je apa hati aku harapkan tu, dan aku redho je la utk convo tu berlangsung nnti. 



Another good news (maybe?) aku dah uninstall ml sejak bulan 12 haritu tau. Puncanya sbb busy sgt hahaha. Takut mengganggu kerja hakiki. Setakat ni aku mmg tak main dah, tapi masih ambik tahu pasal tournament, masih update dan tengok mpl. Even pemilihan team utk wakil sukan sea haritu pn aku tengok okayy. Haa, just update tournament and proplayer je la, tapi kalau nak main tu, rasa macam zaman aku dah habis kot. Even ramai tanya bila nak comeback ml, tapi takde rasa lagi nak comeback. Haritu ada rasa nak comeback sbb nak beli skin hello kitty dgn starlight, tapi fikir balik, bazir lah. Plus banyak tanggungjawab hakiki daripada tanggungjawab majazi.


Tapi satu benda yang aku bersyukur sangat adalah lecturer master aku ni semua baik-baik T_T Antara nikmat yang aku takkan dustakan. Syukur ya Alllah. Sangat baik, memahami, toleransi, caring, sentiasa membantu, dll. Terlalu byk kebaikan. Semoga mereka sentiasa dlm rahmat Allah. Amiin. Oh ye, kawan-kawan sekarang pun baik jugak, walaupun tak pernah jumpa. Next sem pun utm dah announce, belajar online je. So maybe jumpa kawan master waktu convo nanti kot. in shaa Allah.

Okay lah, tu je kot buat masa ni. Semoga Allah permudahkan dan kuatkan aku untuk menghadapi hari-hari mendatang. Amiin.

Keep strong, keep going. Biar lelah, asalkan lillah.